|
MESYUARAT BPJAJ BERSAMA PENGETUA

Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor telah mengadakan mesyuarat bersama pengetua-pengetua sekolah menengah agama Johor pada 25 Januari 2012 bertempat di Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd. Radhi bin Roslan. Semua pengetua hadir kecuali dari SMA Arabiah Kluang, SMA Khairiah Mersing dan SMA Tanwiriah Muar. Antara perkara-perkara yang diperingatkan melalui mesyuarat berkenaan ialah:
>> Baca seterusnya
| Jasamu Dikenang

Allahyarham Haji Hussaini bin Tahir, mantan Mudir SMA ad-Diniah, Pt. Subari yang berkhidmat sebagai guru bahasa arab lebih 40 tahun telah kembali ke rahmatullah pada waktu maghrib 16 Jan 2012 kerana sakit tua. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau dan mencurahi rahmat ke atas ruhnya. Al-Fatihah. | |
Tambang Haji Kerajaan Johor

(23/12/2011) Permohonan mengerjakan haji tahun 1433H/2012M melalui kuota YAB Menteri Besar Johor telah pun dipenuhi oleh 3 orang calon dari kalangan guru-guru sekolah menengah agama rakyat Johor.
>> Baca seterusnya
| Bantuan KPM

Alhamdulillah, sekolah-sekolah menengah agama Johor telah mendapat bantuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai jenis bantuan diperoleh termasuk baik pulih, perpustakaan, kursus dan bantuan untuk kakitangan. KGSMAJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPM di atas bantuan yang diberikan. Semoga ianya dapat membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah-sekolah menengah agama Johor.
>> Baca seterusnya
| |
AJK KGSMAJ 2011-2013

Mesyuarat Agung KGSMAJ kali ke-37 yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1.30 tengahari di SMA Shamsuddiniah dimeriahkan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal Haji 1432H. Ahli Jawatankuasa tertinggi yang telah dilantik melalui proses pilihanraya menyaksikan gabungan muka lama dan baru. Jawatan Yang DiPertua terus diamanahkan kepada Us. Hidhir Ismail. Us. Mohd. Shamsi bin Hussin pula mengekalkan jawatan Bendahari. Timbalan YDP disandang oleh Us. Mohd. Zunnurain bin Juman, manakala jawatan setiausaha kehormat disandang oleh Us. Sulaiman bin Abdullah. | Mesyuarat Agung KGSMAJ

Mesyuarat Agung KGSMAJ tahun ini akan digabungkan dengan majlis Sambutan Hari Raya. Program dijadualkan berlangsung pada 25 September 2011 di SMA Shamsuddiniah.  Penyampaian cenderahati kepada bakal tetamu Allah juga akan dibuat di dalam majlis berkenaan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Pengerusi kelab guru/staf semua SMAJ diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan kembalikan segera kepada SMA Bugisiah. LAMPIRAN
| |
Peperiksaan Percubaan SMA dan SMRA 2011

Peperiksaan percubaan Sijil Menengah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama 2011 bagi sekolah-sekolah menengah agama Johor dijadualkan bermula pada 15 Ogos. Semua calon-calon peperiksaan berkenaan diharapkan dapat menumpukan perhatian bagi meningkatkan pencapaian masing-masing. Ramadhan adalah bulan perjuangan di mana peperangan badar menjadi inspirasi kepada kesungguhan umat Islam dalam mencapai kejayaan. Jadual boleh muat turun di sini: JADUAL
Muat turun soalan Percubaan SMRA : SMRA1 & SMRA 2.
Muat turun soalan Percubaan SMA : TajribiSMA.
Sila dapatkan password daripada Us Hidhir 013-7529920.
Soalan telah diemel ke semua SMA dan telah dipos.
Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada guru penyelaras:
SMA - Us. Wan Syarifuddin (019-7213138) angah147@yahoo.com
SMRA - Us. Mohd. Azam (013-7323558) smatbp@streamyx.com
>> Baca seterusnya
| Guru SMA Cemerlang 2011

 Guru Cemerlang Sekolah Menengah Agama 2011 dianugerahkan kepada Tuan Haji Sulehan Bin Kusni sempena Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Negeri Johor kali ke 14 yang telah berlangsung pada 30 Julai 2011 di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Haji Abd. Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Semoga anugerah dan pengiktirafan ini dapat mendorong semua guru-guru Sekolah Menengah Agama Johor untuk berkhidmat dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh. | |
SAMBUTAN HARI GURU 2011
 Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri kali ke-14 akan diadakan menurut butiran berikut :
Tarikh : 30 Julai 2011
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Besar, Blok A, Pusat Islam Iskandar
Perasmi : YAB Menteri Besar Johor
Pakaian : Baju Melayu Telok Belanga (L) dan Baju Kurung (P)
Catatan : Semua pengetua SMA diundang ke majlis tersebut bersama-sama 2 orang guru sekolah masing-masing. Semua AJK KGSMAJ turut serta diundang.
>> Baca seterusnya
| Perkembangan SABK
 Pengarah Jabatan Agama Johor, Tn. Hj. Ilyas bin Hasran menjelaskan isu SABK sewaktu merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat daerah Ledang, pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 di Dewan Serbaguna Bukit Gambir. Sila dengar!!!
| |
Penubuhan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Agama Johor

Pengetua-pengetua sekolah menengah agama Johor telah mengadakan mesyuarat pada hari Khamis, 21 April 2011 di Hotel Pelangi, Muar, jam 5 petang dan bersetuju menubuhkan Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Agama Johor bertujuan memperkasakan pengurusan sekolah-sekolah menengah agama Johor.
>> Baca seterusnya
|